Rujukan kami: DEC/2020/DDK/RISKANDLEGAL/MK

Rujukan Tuan: Sila Isikan

Tarikh: 23 Disember 2020

 

PENGURUSAN SMART ASSET MANAGERS (SAM) WALLET             MELALUI EMEL

ATTN:                                     info@smartassetmanagers.com
  1. ROMMEL SANTOS (PENGASAS)
  2. RAZALI RAONA (KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF)
  3. ABIDIN ZAINAL (PRESIDEN)
  4. DIEGO JOSE RAMOS (NAIB PRESIDEN, PEMASARAN GLOBAL)
  5. DAUD HAMZAH (KETUA PEGAWAI OPERASI)
  6. REITZ ZAKARIA (NAIB PRESIDEN, PENTADBIRAN)

 

Tuan,

SURAT AMARAN: PROMOSI DDKOIN KEPADA RAKYAT MALAYSIA

 

Merujuk perkara diatas dan Senarai Peringatan Pelabur (https://www.sc.com.my/bm/sumber/siaran-akhbar-dan-pengumuman/senarai-peringatan-pelabur-setakat-at-1122020) yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)

  1. Sila ambil perhatian bahawa sebarang jenis promosi berkaitan dengan DDKOIN kepada rakyat Malaysia atau/dan di Malaysia tanpa kelulusan pihak SC adalah dilarang sekeras-kerasnya. Ini termasuklah promosi dalam sebarang jenis bentuk acara, seminar, kelas di atas atau diluar talian dan sebarang jenis promosi secara langsung dan tidak langsung melalui platform digital, media sosial, aplikasi dan perisian.

 

  1. Melalui surat ini, tujuan kami adalah bagi mengingatkan dan memberi amaran bahawa rundingan dan urus niaga aset digital di Malaysia ditadbiri dan boleh diambil tindakan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta) dan dengan itu sekiranya, SAM Wallet dan perkhidmatan berkaitannya didapati melanggar Akta tersebut atau sebarang undang-undang, peraturan, perundangan atau garis panduan, dalam apa jua keadaan; kami, syarikat gabungan kami atau penyedia perkhidmatan, atau mana-mana pegawai kami, termasuklah, pengarah, ejen, ahli usaha sama, pekerja atau wakil, tidak akan dipertanggungjawabkan kepada pihak Tuan atau sesiapa bagi pihak Tuan, atas sebarang kerugian tidak langsung, khas, sampingan, tidak ketara atau apa-apa akibat daripadanya,, termasuklah,, kehilangan hasil atau data, sama ada kerugian tersebut berdasarkan kontrak, tort, pengabaian, liabiliti terhad atau sebaliknya, berlaku daripada atau berhubung dengan promosi DDKOIN oleh pihak Tuan kepada rakyat Malaysia dan/atau di Malaysia.

 

  1. Kami tidak pernah secara rasmi meluluskan SAM Wallet sebagai projek yang dihasilkan berlatarbelakangkan DDK Ekosistem. Kami tidak pernah menerima permohonan rasmi daripada pihak Tuan dii bawah DDK Foundation seperti yang dinyatakan di sini (https://announcements.ddkoin.com/2019/11/20/ddk-important-announcement-towards-year-2020-planning/). Kami mengulangi di sini bahawa sebarang kerugian dan kelemahan operasi, perkhidmatan dan promosi oleh SAM Wallet, adalah tertakluk kepada tanggungjawab pihak pengurusan pihak Tuan sendiri kerana SAM Wallet bukanlah sebahagian daripada perancangan dan pelan hala tuju DDK Foundation

.

  1. DDK Blockchains ialah teknologi sumber terbuka dan tidak berpusat,, walau bagaimanapun urus niaga aset digital di Malaysia dikategorikan oleh SC sebagai sekuriti dan oleh itu promosi DDKOIN kepada rakyat Malaysia atau/dan di Malaysia adalah tertakluk kepada Akta seperti yang dinyatakan diatas. Penaklukan ini akan digunakan sehinggalah DDKOIN berharap disenaraikan di mana-mana platform tukaran aset digital berdaftar di Malaysia atau setelah DDKOIN diberikan kebenaran untuk dipromosikan semula di Malaysia. Selain itu, seperti yang diumumkan sebelum ini (https://announcements.ddkoin.com/2020/06/30/intellectual-property-corporation-of-malaysia-issues-certificates-of-trade-marks-registration-for-ddk-foundation/), kami telah menerima Sijil Pendaftaran Tanda Dagangan untuk DDKOIN dan oleh itu, kami tidak akan bertolak-ansur dengan sebarang salah nyata dan penyalahgunaan logo, tanda atau pembentangan DDKOIN, di mana jika didapati terjadi, tindakan undang-undang akan diambil oleh pihak kami.

 

  1. Perkara ini perlulah diambil kira sebagai perkara penting dimana tindakan segera daripada pihak Tuan adalah diperlukan kerana setelah Senarai Peringatan Pelaburan trrsebut dikeluarkan, kami telah bekerja secara rapat dengan pihak SC untuk memastikan pengguna di Malaysia dilindungi dan ini termasuklah dengan pengawasan ketat DDK Blockchain dan aktivitinya.oleh pihak SC. Merujuk kepada hal yang sama, adalah tanggungjawab kami untuk memberikan amaran dan memaklumkan kepada pihak Tuan atau mana-mana pihak lain yang mempromosikan DDKOIN tanpa kelulusan yang diperlukan kerana ini secara labgsung memberi risiko terhadap perancangan dan reputasi DDKOIN pada masa hadapan yang mungkin menjejaskan bukan hanya pengguna DDKOIN di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

 

  1. Oleh itu, sila tindakan yang diperlukan untuk MENGHENTIKAN DENGAN SERTA-MERTA promosi DDKOIN kepada rakyat Malaysia dan/atau di Malaysia untuk melindungi kepentingan pengguna SAM Wallet dan untuk memastikan reputasi DDKOIN tidak terjejas sekiranya, timbul isu pada masa hadapan disebabkan oleh operasi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh SAM Wallet. Kami amat menghargai kerjasama pihak Tuan untuk memaklumkan pengguna SAM Wallet untuk mematuhi arahan dan maklumat yang diberikan melalui saluran rasmi DDKOIN selagi anda menggunakan DDKOIN dalam urus niaga di SAM Wallet;:

 

  1. Pautan blog dan halaman web pengumuman:

        https://blog.ddkoinblockchain.com

        https://announcements.ddkoin.com/

  1. Untuk Kemas Kini Berita
  2. Forum DDK: https://forums.ddkoin.com/
  3. Facebook: http://tiny.cc/45ci8y
  4. Twitter: http://bit.ly/2FrYQIT
  5. LinkedIn: http://tiny.cc/08ci8y
  6. Quora: http://tiny.cc/t9ci8y
  7. Telegram: http://tiny.cc/kadi8y
  8. Instagram: http://tiny.cc/vbdi8y

 

  1. Sila ambil perhatian bahawa surat ini akan disiarkan dalam saluran rasmi kami untuk mengelakkan sebarang implikasi selanjutnya dan untuk melindungi keharmonian DDK Blockchain, DDK ecosystem dan Komuniti DDK.

 

Kerjasama dan pemahaman pihak Tuan dalam hal ini amat dihargai.

 

Yang ikhlas,

PENGURUSAN DDK

Categories: Announcements

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *