Wanita memainkan peranan yang hebat dalam masyarakat kita. Mereka bekerja keras untuk kebaikan rumah dan komuniti mereka. Meskipun terdapat pengehadan, mereka berusaha untuk kecemerlangan. Ini ialah sesuatu yang kita hargai dan hormati di DDK Foundation. Kami ada ramai wanita-wanita cantik dan hebat seperti ini yang telah membuatkan DDK berjaya hari ini. Antaranya CEO DDK, Pengasas Bersama DDK, Pembantu Pengurus Operasi Perniagaan dan Pembantu Pengurus Pemasaran.

Untuk memberikan anda sepintas lalu kehidupan profesional mereka dan minat mereka terhadap kerjaya mereka, kami telah menemu duga mereka dan mendapat beberapa jawapan yang menginspirasikan. Artikel ini adalah tentang mereka, jadi mari kita teruskan dengan kisah mereka yang menginspirasikan.

PENGASAS BERSAMA DDK – DATIN NUR EZDIANI

Datin Nur Ezdiani dikenali sebagai DYL dalam kalangan Pasukan DDK. Beliau merupakan pengasas bersama bagi beberapa projek blockchain seperti token DDKOIN dan DNC. Dari segi pendidikan, beliau mempunyai Diploma dalam Pengurusan Perniagaan dan Ijazah dalam Komunikasi Multimedia. 

Menjadi seorang wanita yang kuat, beliau suka menangani cabaran. Ini sebabnya mengapa beliau memilih untuk bekerja dalam Teknologi Blockchain. Beliau juga sukakan teknologi blockchain kerana beliau percaya ia mempunyai potensi pelaksanaan yang pelbagai. Beliau telah mencipta token digital sejak 2016. Produk pertama beliau dikenali sebagai DinarCoin. Dan ia Dinar dalam blockchain. Dan selepas itu, beliau menyiapkan ICO untuk pratempahan DNC dan kemudian, memindahkan ke dalam DDKOIN sebagai mata wang kripto asli sejak Jun 2018. 

Jika anda rasakan kerja beliau mudah dan apa yang beliau perlu lakukan hanya duduk di hadapan komputer dan menaip, biar kami betulkan anda. Beliau perlu mengharungi banyak kesukaran dan malahan, kesulitan besar dalam sesetengah keadaan untuk memastikan projeknya berjaya. Beliau perlu mendidik ramai orang dan menentang  konsep yang berlaku disebabkan oleh kekurangan maklumat. Ia bukan hanya tentang orang ramai. Malahan, pihak Kerajaan pada awalnya menentang projek beliau. 

Jadi, anda rasa apakah yang diperlukan dengan semua kerja keras itu? Kami bertanya kepada Datin Nur Ezdiani tentang perkara itu dan ini apa yang beliau katakan, “Kami telah menyertai banyak acara blockckain sejak 2016 terutama sekali di Dubai, Eropah dan AS. Kami telah membawa jenama tersebut bagi memastikan produk kami relevan dan sebaik produk dari luar negara. DNC telah dicalonkan dalam banyak pertandingan dan telah memenangi anugerah dari Shenzen, China sebagai The Most Innovative Gold Fintech Provider pada 2016 dan juga anugerah sebagai Top 10 Best Blockchain Solution Provider 2019 di Asia Pasifik untuk 2019. Kami tidak sabar dengan acara dan pencapaian lain pada tahun akan datang ini.”

Datin Nur Ezdiani ialah seorang pemimpin yang mempunyai visi. Beliau bekerja keras dan mempunyai visi futuristik. Apabila ditanya tentang apa yang beliau nampak tentang diri beliau pada masa hadapan, beliau berkata, “Pelbagai perancangan telah dibuat dan dirancang secara teliti jadi kami boleh mencapai matlamat yang kami ada. Setiap langkah, keputusan, strategi yang kami ambil menjadikan kami lebih berhati-hati. Sekarang, dunia mempunyai isu yang lebih besar tahun ini. Seluruh dunia hampir lumpuh disebabkan oleh wabak pandemik sekarang ini. Kebanyakan negara berdukacita dengan kemerosotan ekonomi yang telah membelenggu seluruh negara. Pada masa hadapan, saya akan merebut semua peluang yang diperlukan untuk mengembangkan empayar kami yang telah kami bina sejak 2016 dalam industri blockhain. Kami akan mendapatkan penyelesaian untuk setiap kesulitan dan halangan yang telah kami alami dengan mencipta lebih banyak produk yang inovatif mengunakan teknologi blockchain.”

Jadi, bukankah itu sesuatu yang sepatutnya menginspirasikan semua wanita di luar sana? Menariknya kisah tersebut tidak berhenti di sini. Ini adalah tentang wanita dalam teknologi blockchain jadi bagaimana kita boleh berhenti di sini tanpa membincangkan masa hadapan dan potensinya dalam bidang ini? Ini sebabnya mengapa kami teruskan dan bertanya kepada Datin tentang masa hadapan wanita dalam teknologi blockchain dan ini apa yang beliau katakan:

“Akan terdapat lebih ramai wanita yang akan terlibat dalam teknologi blockchain; apabila meletusnya ledakan teknologi ini di seluruh dunia. Pada masa kini, wanita juga perlu melangkah ke hadapan dan mengusai teknologi ini. Wanita juga perlu menjadi bijak dan lebih agresif dengan merebut setiap peluang yang ada.”

CEO DDK – PUAN NURSHUHADA ZAINAL

CEO DDK Nur Shuhada Zainal memperoleh Diploma dalam Pengajian Perniagaan (UiTM) berserta Ijazah dalam Sains Kemanusiaan Major dalam Sains Politik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM). Beliau baru sahaja melengkapkan Program Blockchain Oxford dan diiktiraf secara profesional. Beliau dikenali dengan 10 tahun pengalaman kukuh dalam perundingan kewangan, pengurusan harta dan dalam bidang Sumber Manusia. Komited dalam meneroka bidang keusahawanan dan kepimpinan pengurusan selama lebih daripada 5 tahun. Selama lebih daripada 3 tahun, telah berdedikasi untuk menggunakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam menguruskan syarikat Teknologi Kewangan yang membolehkan perniagaan berkembang secara global.

Beliau sukakan teknologi blockchain kerana beliau percaya bahawa ia teknologi terkini dan memberi beliau ruang untuk mempunyai lebih banyak kemahiran dan pengetahuan untuk dipelajari dan diterokai.

Beliau telah bekerja dengan blockchain sejak 2016 dan apabila bercakap tentang sebab yang membuatkan beliau terinspirasi untuk menyertai, beliau berkata, “Blockchain ialah teknologi revolusioner. Terdapat sangat banyak kes penggunaan dan saya pasti kami boleh membuat model tentang projek yang dikuasakan oleh blockchain yang boleh membantu ramai generasi pada masa hadapan. Buat masa ini, saya mempunyai pelbagai aset blockchain dan berusaha dalam cara untuk membawakan sesuatu yang baharu dalam pasaran sebagai usahawan. Saya dikelilingi dengan pengaturcara IT yang bekerja tanpa mengenal penat dengan teknologi ini untuk membuatkan kehidupan kita menjadi lebih baik. Teknologi blockchain benar-benar menginspirasikan.”

Sebagai seorang wanita beliau perlu menghadapi banyak halangan. Terdapat isu penerimaan bagi lelaki bahawa wanita tidak cukup pengetahuan untuk mengendalikan bahagian teknikal dan apabila kami bercakap tentang blockchain dan projek mata wang kripto, komuniti ialah perkara utama yang beliau perlu kendalikan dan pengguna daripada banyak latar belakang dan tahap pendidikan membuatkan beliau berasa mencabar untuk mendidik orang ramai tentang teknologi ini.

Beliau merasakan bahawa wanita mempunyai banyak potensi dalam Blockchain memandangkan teknologi ini meluas dan bukan hanya berkaitan mata wang kripto. Ia juga termasuk perniagaan dalam teknologi kewangan, dengan itu beliau merasakan bahawa wanita mempunyai lebih keupayaan untuk menyerap pengetahuan ini dengan pantas dan beliau berpendapat bahawa, wanita memberikan lebih perhatian terhadap perincian dari segi membina perniagaan dalam Blockchain dan mereka juga boleh menguruskan organisasi yang merangkumi pembangun, kakitangan dan pasukan pengurusan dalam syarikat Blockchain.

Apabila ditanya tentang apa yang beliau nampak dalam masa hadapan beliau, beliau berkata, “saya akan menjadi CEO berkualiti yang satu langkah ke hadapan kerana projek kami juga telah bermula dalam persekitaran Blockchain sejak 2016. Oleh sebab itu, pengetahuan dan pengalaman apabila ramai orang tidak memahami dan masih menanyakan apa itu blockchain, saya telah mendalaminya 5 tahun lebih awal. Oleh sebab itu, saya akan menggunakan kemahiran dan pengetahuan untuk membangunkan selanjutnya platform Blockchain yang boleh memberikan manfaat kepada pengguna dan membina ekosistem untuk komuniti supaya memahami fungsi Teknologi Blockchain ini untuk memudahkan kehidupan dan aktiviti harian manusia.:

PENGURUS PEMBANTU OPERASI PERNIAGAAN DDK – CIK SHANAFISHA

Pengurus Pembantu Operasi Perniagaan DDK ialah graduan Sains Komputer dan Matematik, major dalam Pengurusan Matematik dari Universi Teknologi Mara (UiTM). Buat masa ini bekerja sebagai Pembantu Pengurus Jabatan Operasi Perniagaan DDKoin. Beliau terlibat secara aktif dengan mata wang kripto dan teknologi blockchain sejak 2017. Beliau telah dikenal pasti sebagai ahli pasukan yang bagus dengan kemahiran interpersonal dan keupayaan berbilang tugas yang hebat. Beliau berdedikasi penuh dalam mempelajari dan menggunakan pengetahuan mata wang kripto dan teknologi blockchain.

Paling menarik, beliau terlibat secara tidak sengaja dengan bidang ini. Pada awalnya, beliau hanya mencari kerja selepas memperoleh ijazah. Ia berlaku semasa beliau memohon di sebuah syarikat fintech yang menggunakan teknologi blockchain dan beliau bertemu dengan DDK Foundation. Bermula dari situ terdapat banyak perkara tentang blockchain yang beliau telah pelajari setiap hari. Ia membuatkan beliau berasa berminat untuk mengetahui lebih lagi tentang teknologi blockchain.

Beliau sukakan teknologi blockchain kerana beliau percaya bahawa ia telah menjadi popular disebabkan oleh pengunaannya yang berjaya untuk mata wang kripto seperti Bitcoin, Ethereum, Ripple, Litecoin dll. Terdapat banyak manfaat yang masyarakat boleh peroleh melalui penyelesaian teknologi blockchain. Ciri-ciri blockchain ialah berpusat, menyediakan keselamatan yang lebih baik, transaksi yang lebih pantas dan tidak berubah yang membuatkan sebarang projek yang menggunakan blockchain lebih selamat dan boleh dipercayai.

Apabila ditanya tentang wanita dalam blockchain beliau berkata, “Bagi saya, tiada perbezaan antara lelaki dan wanita apabila bercakap tentang teknologi. Wanita dan juga lelaki boleh menghadapi halangan yang sama semasa berurusan dengan teknologi blockchain ini. Bagi saya sendiri, halangan yang saya hadapi pada sepanjang penglibatan blockchain adalah untuk memahami blockchain dan istilah teknikal di sebaliknya. Saya tidak pernah mendengar apa-paa tentang blockchain sebelum saya menyertai syarikat tersebut, jadi ia sememangnya perkara baharu bagi saya dan saya telah mempelajari banyak perkara tentangnya.”

Saya nampak ramai wanita mula terlibat dengan teknologi blockchain dan dalam pelaburan mata wang kripto dan nampak kemungkinan bahawa pada masa hadapan akan terdapat wanita yang akan menjadi pakar dalam teknologi blockchain. Malahan, beliau merasakan bahawa akan terdapat mata wang kripto baharu yang dicipta oleh pengasas wanita.

PENGURUS PEMBANTU PEMASARAN DDK – NAZATUL ATIKAH

Pengurus Pembantu Pemasaran DDK Nazatul Atikah mendapat Ijazah Bacelor dalam Pemasaran di Universiti Teknologi MARA, Malaysia. Beliau menggunakan pengalaman, kemahiran dan pengetahuan beliau untuk pemasaran perniagaan (Jenama dan Komunikasi). Bekerja dalam Blockchain sejak 2017, beliau komited dalam memberikan strategi yang baik, membangunkan strategi pemasaran serta strategi pengiklanan untuk mencapai visi, misi dan objektif syarikat. Beliau mempunyai peluang keemasan untuk menyebarkan kesedaran produk syarikat, mata wang kripto dan teknologi blockchain.

Terdapat dua sebab yang menginspirasikan beliau untuk menyertai industri ini. Salah satunya adalah untuk mendapat peluang menyertai dan mempelajari blockchain dengan syarikat tersebut dan satu lagi adalah untuk mempelajari perkara baharu kerana blockchain ialah teknologi lanjutan dan lebih banyak anda terokai tentang blockchain dan teknologi fintech, ia akan menjadi lebih menarik.

Beliau sukakan teknologi blockchain kerana beliau percaya bahawa ia teknologi masa hadapan yang baharu, ia mudah kerana boleh digunakan pada bila-bila masa, di mana-mana jua dan sangat mudah, tiada pihak ketiga yang terlibat dan tiada apa yang boleh menghentikan blockchain. Contohnya, dengan situasi Pandemik sekarang, blockchain diperlukan dalam kehidupan harian kita. Selain itu, blockchain terus berkembang dan lebih diterima.

Apabila ditanya tentang halangan yang beliau hadapi dalam industri ini sebagai wanita, beliau berkata, “ia sesuatu yang baharu bagi saya kerana saya tidak pernah mempelajari tentangnya dan tidak mengetahui apa-apa pun. Tetapi sejak saya menyertai pasukan ini, saya telah mempelajari banyak perkara dan mengetahui tentang blockchain dan dunia fintech.”

Beliau percaya bahawa ramai orang sentiasa merasakan bahawa wanita tidak boleh berjaya. Tetapi pada masa kini, terdapat sangat ramai wanita membuktikan bahawa mereka berjaya dalam kehidupan mereka dan menjadi inspirasi kepada orang ramai di luar sana. Jadi, ia membuktikan bahawa wanita juga boleh berjaya jika mempunyai keazaman dan usaha dalam apa jua yang mereka lakukan. Jadi, tiada apa yang boleh menghentikan sesiapa pun untuk mempelajari tentangnya.

Apabila ditanya tentang masa hadapan teknologi blockchain, beliau berkata, “Satu hari nanti, teknologi blockchain akan diterima dan menjadi fenomena di dunia ini. Jadi, saya bersyukur kerana saya telah mempelajari dan mendapat pengetahuan tentangnya sejak tahun 2017. Jadi, saya akan terus mengasak dan meneruskan untuk meneroka lebih lagi tentang blockchain dan teknologi uniknya.”

Pengalaman yang memotivasikan, bukan? Ini apa yang kami lakukan di Platform DDK. Kami memotivasikan ramai orang untuk melangkah ke masa hadapan dan mendapatkan manfaat maksimum daripada teknologi futuristik. Orang ramai pada masa kini berasa takut, terutama sekali dengan penularan pandemik. Ramai orang hanya memfokuskan terhadap aspek negatif bagi situasi semasa. Mereka tidak pasti tentang masa hadapan dan tidak mahu berusaha mengetahuinya. Tetapi, kami percaya bahawa masa hadapan adalah cerah kerana kami membina masa hadapan. Pada tahun-tahun akan datang, akan terdapat banyak penerimaan mata wang digital dan DDKoin akan menjadi antara yang paling berjaya. Ini sebabnya mengapa ia masa terbaik untuk melabur dalam DDKoin dan memanfaatkan sepenuhnya situasi semasa. Setiap kesusahan ada kelebihannya dan terdapat banyak kelebihan dalam kesusahan kami sekarang. Semoga berjaya dan kekal selamat!

https://ddkoin.com/

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *